Wednesday, November 18, 2009

PROGRAM RUMAHKU SYURGAKU


Tarikh : 27 Jun 2009 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi- 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Orkid, Perpustakaan Kuala Lumpur
Pegawai yang bertugas : En.Afandy Bin Sutrisno Tanjung,


Pada 27 Jun 2009 bersamaan hari Sabtu Pusat Rahmat dibawah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial telah mengadakan program Modal Insan yang bertajuk “Rumahku Syurgaku”. Dalam program ini seramai 36 orang peserta yang hadir iaitu terdiri daripada golongan ibu tunggal dan golongan ibu warga emas serta anak-anak mereka.

Program tersebut yang bermula pada pukul 9.30 pagi telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr. Ismail bin Stapa selaku pengarah Jabatan Pemabangunan Komuniti dan Sosial. Selepas itu program diteruskan lagi oleh penceramah Encik Afandy bin Sutrisno Tanjung (Kaunselor Pusat Rahmat) dengan tajuk “Rumahku Syurgaku”. Turut sama hadir dalam menjayakan program ini ialah Pegawai daripada Jabatan Perhubungan Komuniti dan Sosial iaitu Cik Norhida Binti Ahmad Sanusi, Pn. Intan Fardhiha Binti Noor Halimi, Cik Norqistina Binti Md Yusop dan Pn. Norshasheila Binti Mohd Naser.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada golongan ibu berkenaan peranan mereka di rumah menurut pendekatan psikologi. Selain itu, objektif program ini adalah untuk saling kenal-mengenali antara pihak Jabatan Pembangunan Komuniti dan sosial dengan pihak golongan ibu Tunggal ini.

Secara keseluruhannya, program tamat pada pukul 12.30 tengahari. Turut diadakan juga ialah Pameran daripada Jabatan Perhubungan dan komuniti dan sosial di dalam Dewan Orkid.

Tuesday, November 10, 2009

KURSUS JAHITAN SULAMAN MANIK...NAMPAKNYA MENARIK..

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA...

LAPORAN KURSUS SULAMAN MANIK

Tarikh : 12 & 19 April 2009
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Orkid,
Perpustakaan Kuala Lumpur





Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial telah mengadakan Kursus Sulaman Manik untuk ahli Pusat Rahmat. Kursus ini telah diadakan pada hari Ahad dan bertempat di Dewan Orkid, Perpustakaan Kuala Lumpur. Pn. Marlina Binti Abdullah merupakan tenaga pengajar yang bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada para peserta mengenai jahitan sulaman manik yang betul.

Penganjuran kursus sulaman manik ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada peserta tentang kemahiran sulaman manik. Kemahiran ini dibekalkan supaya mereka dapat menggunakannya untuk menjana pendapatan yang lebih baik daripada yang sedia ada. Kemahiran yang diberikan ini adalah sejajar dengan permintaan daripada pengguna semakin berminat dengan sulaman manik.







khusuknyer akak kita ni ya...





ha..cuba tengok saya punya..lihat saya...sepatutnya awak kena buat begini...hehe



Secara keseluruhannya, kursus ini amat memberi manfaat kepada para peserta dan mampu mengubah pendapatan kelurga mereka sekiranya kemahiran ini dijadikan sebagai peluang pekerjaan.

Sunday, November 8, 2009

SEKADAR CORETAN DAN TATAPAN

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA AHLI PUSAT RAHMAT...

Apa khabar semua? kami waraga Pusat Rahmat sentiasa mendoakan agar kita semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya, amin..

Di sini hanya sekadar coretan untuk tatapan semua, kursus-kursus atau program motivasi yang diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan polisi DBKL dalam mengurus dan mentadbir Bandaraya Kuala Lumpur.

Di samping itu juga ingin memberi semangat kepada peserta agar terus berusaha dan tidak hanya bergantung pada bantuan semata-mata.














Tentu tersenyum bila melihat wajah para peserta program motivasi dan sesi dialog ini kan? program ini diadakan bagi memberi semangat dan motivasi kepada peserta program.








semoga semuanya terhibur...