Monday, May 24, 2010

KURSUS BESTARI SOLAT SEMPENA CUTI SEKOLAH DI MASJID NEGARA KUALA LUMPUR


Kursus Bestari Solat ini merupakan program yang dianjurkan oleh PUSAT RAHMAT dibawah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial. Program ini telah dijalankan pada 18 Mac 2010 (Khamis) bermula pada 8.30 pagi hingga 5.00 petang di Dewan Kuliah II Masjid Negara Kuala Lumpur. Pegawai yang menguruskan program ini ialah Encik Afandy bin Sutrisno Tanjung (Kaunselor Pusat Rahmat)

Kursus ini berjaya menarik minat 26 orang anak-anak ahli PUSAT RAHMAT yang rata-ratanya terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Sasaran adalah anak-anak yang berumur 15 tahun kebawah. Seramai 14 pelajar perempuan dan 12 pelajar lelaki. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang kepentingan solat dan mereka juga diajar cara solat yang betul dan sempurna.

Tenaga pengajar ialah Ustaz Mohd Khir Johari bin Abas daripada Politeknik Sultan Idris Shah (Jabatan Pengajian Am), Sungai Lalang, Bagan Nakhoda Omar 45100, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan.

Kos untuk program ini ialah sebanyak RM1,451.25 mencakupi bayaran penceramah / tenaga pengajar, sarapan pagi dan makan tengahari.

1.0 Penilaian Kursus

Dalam program ini, fokus diberikan kepada pelajar di bawah 15 tahun. Alhamdulillah program berjalan dengan baik, penceramah menggunakan kaedah paparan slide dan video. Setelah hampir 2 jam pendedahan dibuat secara teori, pelajar kemudiannya diajar secara praktikal oleh penceramah, seperti bagaimana untuk berdiri, rukuk, iktidal, duduk antara dua sujud dan sujud yang betul dan mengikut sunnah Nabi Saw.

Dalam program ini penceramah dibantu oleh isteri beliau yang juga merupakan ustazah, dan ini memudahkan praktikal dilakukan memandangkan terdapat peserta perempuan. Program kemudian ditangguhkan pada 12.30 tengahari untuk makan tengahari dan solat zohor. Kemudian program disambung semula pada pukul 2.00 petang. Program tamat pada pukul 5.00 petang.

No comments:

Post a Comment