Monday, May 24, 2010

KURSUS JAHITAN TUDUNG



  • Pengenalan

PUSAT RAHMAT di bawah Jabatan Pambangunan Komuniti dan Sosial telah mengadakan Kursus Jahitan Tudung pada 27 dan 28 Mac 2010. Kursus ini telah dijalankan di Perpustakaan Kuala Lumpur. Seramai 18 orang yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal dan keluarga berpendapatan rendah menyertai kursus jahitan tudung ini.

Peserta telah diajar untuk membuat tiga jenis tudung iaitu Tudung Ekin Lilit, Tudung Ekin, dan Selendang Siti. Selain itu peserta juga diajarkan cara untuk menggayakan tudung serta menjalankan perniagaan membuat tudung ini. Puan Rina iaitu tenaga pengajar telah memberikan penerangan dan membantu dalam proses-proses pembuatan tudung, cara pemasaran dan pengalamannya. Puan Rina turut memberi cadangan kepada peserta untuk menyertai dia dalam perusahaannya.

Pegawai yang terlibat dalam lawatan ini ialah En. Kamaruzaman bin Mustapha dan En. Khairulfadli b. Baharuddin.

  • Penilaian

Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam menjana ekonomi keluarga dan mendedahkan juga cara untuk berjinak-jinak dengan alam perniagaan di samping memberi kemahiran baru kepada peserta.

Selain itu, program ini dibuat agar dapat memberikan semangat kepada peserta agar tidak berputus asa dalam kehidupan. Pemantauan akan sentiasa dijalankan untuk memastikan mereka mempraktikkan kemahiran yang diberi.

Kursus Jahitan tudung ini dijalankan selama dua hari. Hari pertama peserta diajar unuk membuat Tudung Ekin, manakala pada hari kedua peserta diajar untuk membuat Tudung Ekin Lilit dan Selendang Siti. Program bermula seawal 9.00 pagi untuk pendaftaran sebelum sarapan pagi pada pukul 9.30 pagi. Penerangan ringkas telah diberikan oleh tenaga pengajar iaitu Puan Rina. Kemudian peserta diajar untuk membuat tudung. Pada hari kedua peserta diajar dibuat tudung dan sedikit taklimat tentang pengayaan tudung serta perusahaan tudung. Peserta mengajukan beberapa persoalan untuk mendapatkan maklumat berkaitan perusahaan tudung dan kemahiran Kursus jahitan ini tamat pada pukul 5 petang.

  • Perancangan Selepas Program

- PUSAT RAHMAT akan memantau peserta yang mengikuti kursus kemahiran ini sama ada mencari dan mengambil peluang untuk menghubungi tenaga pengajar untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan perushaan tudung atau untuk menjadi orang tengah bagi memasarkan produk tudung tersebut di Kuala Lumpur.

- Peserta juga akan dipantau sama ada akan menjalankan atau mengambil tempahan untuk membuat tudung.

- Para peserta juga digalakkan untuk menghubungi dan mendapatkan maklumat bagi mereka yang ingin melaksanakan perusahaan yang sama dan mendapatkan kursus daripada perusahaan ini.

No comments:

Post a Comment