Monday, May 24, 2010

KURSUS MASAKAN BARAT 20 FEBRUARI 2010

Pengenalan

PUSAT RAHMAT di bawah Jabatan Pambangunan Komuniti dan Sosial telah mengadakan Kursus Masakan Barat pada 20 Februari 2010. Kursus ini telah dijalankan di Kolej Komuniti Selayang yang berada di Selayang, Selangor. Seramai 16 orang yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal, warga emas dan keluarga berpendapatan rendah menyertai kursus ini.

Peserta telah mempelajari masakan dengan chef yang yang disediakan oleh pihak Kolej Komuniti. Menu masakan yang dipelajari oleh para peserta ialah Salad sayuran campuran dan Pasta/ Ayam Salai dengan Sos Cendawan. Peserta sampai pada pukul 8.30 pagi dan menjalankan program sehingga 4 petang. Kos bagi kursus masakan ini ialah RM 115.00 bagi seorang peserta iaitu meliputi kos perbelanjaan makanan tengah hari dan peralatan. Chef Anuar telah memberikan penerangan berkaitan proses-proses pembuatan masakan dan perkara-perkara lain yang perlu dibuat. Pegawai yang terlibat dalam kursus ini ialah En. Kamaruzaman b. Mustapha dan En. Khairulfadli b. Baharuddin.

· Penilaian

Tujuan kursus ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta dalam bidang masakan serta mencari peluang menjana ekonomi keluarga dalam bidang perniagaan makanan.

Selain itu, kursus ini dibuat agar dapat memberikan semangat kepada peserta agar tidak berputus asa dalam kehidupan. Pemantauan akan sentiasa dijalankan untuk memastikan mereka mempraktikkan kemahiran yang diberi.

Program bermula seawal 8.30 pagi untuk pendaftaran sebelum bertolak ke Kolej Komuniti Selayang, Selangor pada pukul 9.30 pagi. Perjalanan mengambil masa selama setengah jam. Peserta tiba di Kolej Komuniti pada pukul 10 pagi. Penerangan diberikan oleh Chef Anuar selaku ketua chef. Menu masakan yang dipelajari oleh para peserta ialah Salad sayuran campuran dan Pasta/ Ayam Salai dengan Sos Cendawan. Kemudian peserta dibawa ke dapur Kolej Komuniti untuk mempelajari masakan. Peserta mengajukan beberapa persoalan untuk mendapatkan maklumat berkaitan cara masak atau bahan-bahan penggunaan.

Secara keseluruhannya, program tamat pada pukul 3.30 petang setelah semua masakan siap di masak. · Perancangan Selepas Program

- PUSAT RAHMAT akan memantau peserta yang mengikuti kursus ini sama ada mencari dan mengambil peluang menjalankan perniagaan makanan.

- Para peserta juga digalakkan untuk menghubungi dan mendapatkan maklumat bagi mereka yang ingin melaksanakan perniagaan yang sama dan mendapatkan kursus lanjutan.



No comments:

Post a Comment

Post a Comment