Monday, May 24, 2010

KURSUS PEMBINAAN BLOG


  • Pengenalan

PUSAT RAHMAT di bawah Jabatan Pambangunan Komuniti dan Sosial telah mengadakan Kursus Pembinaan Blog pada 20 May 2010. Kursus ini telah dijalankan di Kolej Komuniti Selayang, Selangor. Seramai 18 orang yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal dan keluarga berpendapatan rendah menyertai kursus pembinaan blog ini.

Peserta telah diajar untuk membina blog mudah iaitu dengan menggunakan aplikasi blogger.com. Peserta pada mulanya diterangkan dan diperkenalkan mengenai blog atau juga dikenali sebagai forum atau portal. Pengajar menyuruh peserta memikirkan minat mereka dalam memilih blog jenis apa yang mereka minati. Secara keseluruhan peserta berminat untuk membina blog yang dapat memasarkan produk mereka. Pengajar iaitu Puan Nor Huzani binti Khamis menerangkan keupayaan blog dalam memasarkan produk. Mereka dikehendaki untuk membuka akaun g-mel bagi membina blog. Kemudian pengajar mengajar peserta untuk membina blog pemasaran. Di akhir program semua peserta telah mempunyai blog mereka sendiri.

Pegawai yang terlibat dalam lawatan ini ialah En. Kamaruzaman b. Mustapha dan En. Khairulfadli b. Baharuddin.

  • Penilaian

Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam menjana ekonomi keluarga dan mendedahkan juga cara untuk berjinak-jinak dengan alam perniagaan di samping memberi kemahiran baru kepada peserta.

Selain itu, program ini dibuat agar dapat memberikan semangat kepada peserta agar tidak berputus asa dalam kehidupan. Pemantauan akan sentiasa dijalankan untuk memastikan mereka mempraktikkan kemahiran yang diberi.

Kursus Pembinaan Blog ini dijalankan selama sehari dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Program bermula seawal 9.00 pagi untuk pendaftaran sebelum sarapan pagi pada pukul 9.30 pagi. Penerangan ringkas telah diberikan oleh tenaga pengajar iaitu Puan Nor Huzani. Kemudian peserta diajar untuk membuat akaun g-mail. Pengajar juga memberi contoh beberapa blog yang telag di buat serta beberapa blog yang popular. Pengajar mengajar peserta untuk membuat blog melalui blogger.com. Peserta mengajukan beberapa persoalan untuk mendapatkan maklumat berkaitan proses pembinaan blog dan kemahiran. Kursus Pembinaan Blog ini tamat pada pukul 5 petang.

  • Perancangan Selepas Program

- PUSAT RAHMAT akan memantau peserta yang mengikuti kursus kemahiran ini sama ada mencari dan mengambil peluang untuk menghubungi tenaga pengajar untuk mendapatkan maklumat bagi memasarkan produk mereka melalui blog yang dibuat di Kuala Lumpur.

- Peserta juga akan dipantau sama ada akan menjalankan atau mengambil tempahan untuk membuat produk mereka melaui blog mereka.

- Para peserta juga digalakkan untuk menghubungi dan mendapatkan maklumat bagi mereka yang ingin melaksanakan perusahaan yang sama dan mendapatkan kursus daripada perusahaan ini.

- Pantauan terhadap mereka akan dijalankan setiap bulan dan semua blog yang mereka buat akan diperhatikan.

No comments:

Post a Comment