Monday, May 24, 2010

LAPORAN KAUNSELING KELOMPOK



Kaunseling Kelompok merupakan program yang dianjurkan oleh PUSAT RAHMAT dibawah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial. Program ini telah dijalankan pada 22 April 2010 (Khamis) bermula pada 9.00 pagi hingga 4.00 petang di Bilik 5, Tingkat 8 Pusat Komuniti Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur. Pegawai yang menguruskan program ini ialah Encik Afandy bin Sutrisno Tanjung (Kaunselor Pusat Rahmat)

Kursus ini berjaya menarik minat 14 orang ahli PUSAT RAHMAT yang rata-ratanya terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Sasaran adalah bertepatan dengan Kaunseling Kelompok yang memerlukan sekurang-kurangnya 6 hingga 15 orang dalam proses kaunseling. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberikan ruang dan peluang kepada ahli Pusat Rahmat untuk meluahkan dan berkongsi masalah, yang mana rata-ratanya mempunyai masalah yang lebih kurang sama memandangkan majoriti yang hadir adalah berstatus ibu tunggal.

Dalam Kaunseling Kelompok ini turut juga diadakan beberpa ujian kepada ahli sesi, seperti Ujian Personaliti Tajma, Ujian Warna, Ujian Stres dan mengenali rahsia diri disebalik tarikh lahir.

Kos untuk program ini ialah sebanyak RM412.50 mencakupi sarapan pagi dan makan tengahari.

Penilaian Kursus

Dalam sesi kaunseling ini, fokus diberikan kepada masalah yang lebih tertumpu kepada permasalahan dalam keluarga, di samping memberi beberapa ujian seperti yang dinyatakan. Sedikit sebanyak dapat memberikan semangat kepada ahli kaunseling, kerana ujian tersebut menerangkan potensi dan kekuatan ahli kaunseling kelompok. Alhamdulillah program berjalan dengan baik, selain itu, sesi ini juga menggunakan kaedah paparan slide dan video.

Program kemudian ditangguhkan pada 12.30 tengahari untuk makan tengahari dan solat zohor. Kemudian program disambung semula pada pukul 2.00 petang dan kemudian tamat pada jam 4.00 petang.

Perancangan selepas kursus

  • Mengadakan kaunseling kelompok seperti ini sekurang-kurangnya 2 kali dalam tempoh 4 bulan.
  • Terbuka kepada semua lapisan dan kemungkinan pelbagai kaedah dan ujian akan digunakan, seperti Thematic Appreciation Test (TAT), Batery Test dan lain-lain lagi yang difikirkan bersesuaian dengan ahli kaunseling kelompok.

No comments:

Post a Comment