Tuesday, September 6, 2011

KURSUS/ PROGRAM BULAN SEPTEMBER


1. Kursus Asas Komputer

    Tarikh : 10 September 2011( Sabtu )
    Masa  : 9.00pg - 4.00ptg
    Tempat : Akan diberitahu kemdian

* Tertakluk pada perubahan

2. Kursus Internet
   
    Tarikh : 17 September 2011( Sabtu )
    Masa  : 9.00pg - 4.00 ptg
    Tempat : Akan diberitahu kemudian

* Tertakluk pada perubahan

3. Kursus Pembuatan Blog

   Tarikh : 24 September 2011(Sabtu)
   Masa  : 9.00pg - 4.00 ptg
   Tempat : Akan diberitahu kemudian

*Tertakluk pada perubahan

*Kursus adalah terbuka kepada Ahli-ahli Pusat Rahmat dan e-kasih. PUSAT RAHMAT akan memantau pendapatan setiap peserta yang menyertai kursus selepas daripada 2 bulan tarikh kursus dijalankan (bagi kursus kemahiran sahaja).

Saturday, August 6, 2011

SELAMAT BERPUASA & SELAMAT HARI RAYA

Selamat berpuasa diucapkan Kepada Ahli-ahli PUSAT RAHMAT.  Kami memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap dari pihak kami sepanjang menjalankan tugas mengendalikan program.

Wednesday, July 13, 2011

Sunday, July 3, 2011

KURSUS/ PROGRAM BULAN JULAI 2011

1. Program Ramah Mesra besama Ahli PUSAT RAHMAT

    Tarikh : 8 Julai 2011
    Masa  : 8.30pg hingga 2.00ptg
    Tempat : Pusat komuniti bandar tun razak
    Urusetia : Cik Siti Nadia  Tel : 03-26176351

* kepada ahli yang berminat untuk hadir sila menghubungi Cik. Siti Nadia terlebih dahulu.

2. Program Klinik Solat untuk Dewasa

    Tarikh : 10 Julai 2011
    Masa  :  8.30pg Hingga 12.30 tgh
    Tempat : Masjid Al-Najihin, Bandar sri permaisuri Cheras.
    Urusetia : En. Kamaruzaman Tel : 03-26176348

3. Program Klinik solat untuk kanak-kanak 
   
    Tarikh : 16 Julai 2011
    Masa  : 8.30pg Hingga 12.30tgh
    Tempat : Pusat Komersial Bdr Tun Razak.
    Urusetia : En. Kamaruzaman Tel : 03-26176348

4. Program Ahlan wasahlan Ramadhan

    Tarikh : 24 Julai 2011
    Masa  : 8.30pg Hingga 1.00tgh
    Tempat : (akan dimaklumkan kemudian)
    Urusetia : En. Kamaruzaman Tel : 03-26176348

5. Kursus Pembuatan Roti

    Tarikh : 17 Julai 2011
    Masa  :  11.00pg Hingga 4.00 Ptg
    Tempat : Kedai Kek Hidayah
    Urusetia : Cik. Siti Nadia Tel : 03-26176351

*Kursus adalah terbuka kepada Ahli-ahli Pusat Rahmat dan e-kasih. PUSAT RAHMAT akan memantau pendapatan setiap peserta yang menyertai kursus selepas daripada 2 bulan tarikh kursus dijalankan (bagi kursus kemahiran sahaja).

Monday, May 30, 2011

Kursus Bulan Jun 2011

1. Kursus Grooming dan Tatarias
    Tarikh : 2 jun 2011
    Masa : 9.00pg - 5.00 ptg
    Tempat : Akan dimaklumkan kemudian.

2. Kursus Jahitan Pakaian
    Tarikh : 11 - 14 jun 2011
    Masa : 9.00pg - 5.00 ptg
    Tempat : Akan dimaklumkan kemudian.

3. Kursus Sulaman Manik
    Tarikh : 15 jun 2011
    Masa : 9.00pg - 5.00 ptg
    Tempat : Akan dimaklumkan kemudian.

4. Kursus Catering
    Tarikh : 17 jun 2011
    Masa : 9.00pg - 5.00 ptg
    Tempat : Akan dimaklumkan kemudian.

5. Kursus Jahitan Langsir
    Tarikh : 20 - 23  jun 2011
    Masa : 9.00pg - 5.00 ptg
    Tempat : Akan dimaklumkan kemudian.

6. Kursus Pembuatan Roti dan Donut
    Tarikh : 28 jun 2011
    Masa : 9.00pg - 5.00 ptg
    Tempat : Akan dimaklumkan kemudian.

* Kursus adalah terbuka kepada Ahli-ahli Pusat Rahmat dan e-kasih. Setiap kursus akan ditemuduga terlebih dahulu. Bagi sesiapa yang berminat boleh menghubungi Cik. Nadia Arif, Cik Shahiela bt. habib dan Pn. Intan Fardiha Nor Halimi di Talian 03-2617 6348/ 6313/ 6347

Wednesday, March 23, 2011

Kursus Bulan April 2011

1. Kurus Urutan Aroma Terapi

Tarikh : 10, 17 dan 24 april 2011
Masa  : 8.30pg Hingga 4.00ptg
Tempat : Suri Permai Spa

2. Kursus Solekan

Tarikh : 15 April 2011
Masa : 8.30pg Hingga 4.00ptg
Tempat : Pusat Komersial Bandar Tun Razak


3. Kursus Bunga Dip dan Bunga Stoking

Tarikh : 16 April 2011
Masa : 8.30pg Hingga 4.00ptg
Tempat : Kolej Komuniti Selayang

4. Kursus Pedicure & Medicure

Tarikh : 22 April 2011
Masa : 8.30pg Hingga 4.00ptg
Tempat : Pusat Komersial Bandar Tun Razak

Note : Temuduga akan dijalankan serentak bagi semua kursus bulan april


Tarikh : 4 April 2011
Masa : 10.00pg Hingga 2.00ptg
Tempat : Akan diberitahu kemudian


Bagi Ahli PUSAT RAHMAT dan e-kasih yang berminat menyertai kursus diatas, boleh menghubungi 03-2617 6348/ 6351 - Cik. Siti Nadiah, En. Mohd Hafiz dan En. Kamaruzaman.

Monday, March 14, 2011

Kursus Bulan Mac

1. Kursus Urutan Tradisional

            Tarikh : 11 dan 12 Mac 2011
            Tempat : Kolej Komuniti Selayang
            Masa  : 9.00 pg Hingga 4.00 ptg


2. Kursus Urutan Bersalin
  
             Tarikh : 17 dan 18 Mac 2011
             Tempat : Kolej Komuniti Selayan
             Masa : 9.00 pg Hingga 4.00 ptg

3. Kursus Rawatan Kecantikan (Muka )

            Tarikh : 26 Mac 2011
            Tempat : Akan diberitahu kemudian
            Masa : 8.30 pg Hingga 4.00 ptg

Ahli PUSAT RAHMAT dan e-kasih yang berminat untuk menyertai kursus ini boleh mendaftarkan nama di PUSAT RAHMAT atau menghubungi Cik Nadia di talian 03-26176351/ 6348. Nama yang berdaftar akan ditemuduga terlebih dahulu.

   

Kursus Bulan Febuari

1. Kursus Keusahawanan
       
       Tarikh : 19 febuari 2011 (Sabtu)
       Masa  :  8.30pg Hingga 2.00 ptg
       Tempat : Dewan Perpustakaan Kuala Lumpur



2. Kursus Pemasaran Produk
 
      Tarik : 26 Febuari 2011
      Masa  : 8.30 pg Hingga 2.00Ptg
      Tempat : Dewan Perpustakaan Kuala Lumpur
      (Jemputan : FAMA dan Noriswa Enterprise )

       

Thursday, January 27, 2011

Program Bulan Febuari

1. Kursus Keusahawanan
    Tarikh : 19 Febuari 2011
    Tempat : Auditorium Perpustakaan Kuala Lumpur

2. Kursus Pengurusan Kewangan
    Tarikh : 22 Febuari 2011
    Tempat : Kolej Komuniti Selayang

3. Kursus Pemasaran Produk
    Tarikh : 26 Febuari 2011
    Tempat : Auditorium Perpustakaan Kuala Lumpur


Makluman : Kepada Ahli-ahli yang berminat, boleh mendaftar nama di PUSAT RAHMAT atau menelefon di
                   nombor 03-2617 6348/ 6351 (En. Kamarul ,  En. Hafiz dan Cik. Nadia )

Wednesday, January 26, 2011

Petikan artikel dari Utusan Malaysia

Daftar dengan e-Kasih





Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (kiri) menyatakan sesuatu kepada Kong Meng Chye pada Majlis Sumbangan 1Malaysia sempena Tahun Baru Cina di Pusat Komuniti dan Komersial Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 25 Jan. - Golongan miskin dan miskin tegar diseru mendaftar dengan program pembasmian kemiskinan, e-Kasih di bawah Jabatan Perdana Menteri supaya dapat dibantu dengan segera dan berkesan.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, program itu sudah terbukti berjaya menghapuskan golongan tersebut menerusi aktiviti sosioekonomi yang dilaksanakan.
Menurutnya, pada tahun lalu, kira-kira 2,900 orang dari golongan miskin dan miskin tegar di Wilayah Persekutuan berjaya dihapuskan menerusi program tersebut.
"Walaupun ada pihak yang menyangkal dakwaan ini, namun statistik menunjukkan golongan yang berjaya dibantu adalah mereka yang berdaftar dengan e-Kasih," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan 1Malaysia Tahun Baru Cina di Pusat Komuniti dan Komersial Bandar Tun Razak di sini hari ini.
Turut hadir, Pengarah Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Idris Mohd. Isa dan Pengerusi MCA Bahagian Bandar Tun Razak, Chiew Lian Keng.
Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan wang tunai RM300 daripada DBKL dan hamper berupa barangan keperluan dan buah limau mandarin daripada Yayasan Wilayah Persekutuan kepada 250 keluarga miskin dan miskin tegar terpilih.
Raja Nong Chik berkata, kementerian itu dan agensi di bawahnya sentiasa berusaha merencanakan program pembangunan fizikal dan program pembangunan komuniti bagi membantu golongan berpendapatan rendah.
"Usaha yang dirancang kini ialah mengadakan program latihan dan pendedahan seperti kursus jahitan, membuat songkok dan membuat kek yang boleh dilakukan di rumah supaya mereka boleh menjana pendapatan berterusan," jelasnya.
Beliau berkata, borang pendaftaran untuk e-Kasih boleh diperoleh di portal e-Kasih, Pusat Runding Cara Harian Membantu Yang Termiskin (Pusat Rahmat) dan pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Mengenai isu tembok di atas satu kawasan yang dipertikaikan berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), Raja Nong Chik berkata, tembok tersebut sepatutnya dirobohkan esok, namun ia terpaksa ditangguhkan kerana perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah.
"Pihak Maju Holdings telah membawa perkara ini ke mahkamah, jadi tindakan selanjutnya perlu menunggu apa yang bakal diputuskan oleh mahkamah," jelasnya.
Kerajaan sebelum ini mengarahkan pihak pemaju merobohkan tembok tersebut kerana kawasan itu didakwa milik kerajaan dan dirancang untuk dijadikan kawasan rekreasi untuk penduduk Bandar Tasik Selatan.

Program Bulan Febuari 2011

Makluman

Pada bulan Febuari PUSAT RAHMAT akan menganjurkan kursus keusahawanan kepada ahli-ahli yang berdaftar. Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi kaunselor untuk mendaftar.


Tuesday, January 25, 2011

Program Bulan Januari 2011

1. Lawatan Ekonomi Siri 1
    Tempat : Fatihah Frozen Food, Batu Cave
    Tarikh   : 6 Januari 2011
    Peserta : 20 Orang

2. Lawatan Ekonomi Siri 2
    Tempat : Frezz & Fry Food Industri, Ampang
    Tarikh   : 11 Januari 2011
    Peserta  : 20 Orang

3. Lawatan Ekonomi Siri 3
    Tempat : Bengkil IAT Cendawan, Batang Kali
    Tarikh   : 13 Januari 2011
    Peserta  : 20 Orang

4. Lawatan Ekonomi Siri 4
    Tempat : Azlinawati Enterprise, Sepang
    Tarikh  : 18 Januari 2011
    Peserta  : 20 Orang

5. Lawatan Ekonomi Siri 5
    Tempat : Nuriswa Enterprise
    Tarikh   : 19 Januari 2011
    Peserta  : 20 Orang