Thursday, January 27, 2011

Program Bulan Febuari

1. Kursus Keusahawanan
    Tarikh : 19 Febuari 2011
    Tempat : Auditorium Perpustakaan Kuala Lumpur

2. Kursus Pengurusan Kewangan
    Tarikh : 22 Febuari 2011
    Tempat : Kolej Komuniti Selayang

3. Kursus Pemasaran Produk
    Tarikh : 26 Febuari 2011
    Tempat : Auditorium Perpustakaan Kuala Lumpur


Makluman : Kepada Ahli-ahli yang berminat, boleh mendaftar nama di PUSAT RAHMAT atau menelefon di
                   nombor 03-2617 6348/ 6351 (En. Kamarul ,  En. Hafiz dan Cik. Nadia )

Wednesday, January 26, 2011

Petikan artikel dari Utusan Malaysia

Daftar dengan e-Kasih





Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (kiri) menyatakan sesuatu kepada Kong Meng Chye pada Majlis Sumbangan 1Malaysia sempena Tahun Baru Cina di Pusat Komuniti dan Komersial Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 25 Jan. - Golongan miskin dan miskin tegar diseru mendaftar dengan program pembasmian kemiskinan, e-Kasih di bawah Jabatan Perdana Menteri supaya dapat dibantu dengan segera dan berkesan.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, program itu sudah terbukti berjaya menghapuskan golongan tersebut menerusi aktiviti sosioekonomi yang dilaksanakan.
Menurutnya, pada tahun lalu, kira-kira 2,900 orang dari golongan miskin dan miskin tegar di Wilayah Persekutuan berjaya dihapuskan menerusi program tersebut.
"Walaupun ada pihak yang menyangkal dakwaan ini, namun statistik menunjukkan golongan yang berjaya dibantu adalah mereka yang berdaftar dengan e-Kasih," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan 1Malaysia Tahun Baru Cina di Pusat Komuniti dan Komersial Bandar Tun Razak di sini hari ini.
Turut hadir, Pengarah Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Idris Mohd. Isa dan Pengerusi MCA Bahagian Bandar Tun Razak, Chiew Lian Keng.
Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan wang tunai RM300 daripada DBKL dan hamper berupa barangan keperluan dan buah limau mandarin daripada Yayasan Wilayah Persekutuan kepada 250 keluarga miskin dan miskin tegar terpilih.
Raja Nong Chik berkata, kementerian itu dan agensi di bawahnya sentiasa berusaha merencanakan program pembangunan fizikal dan program pembangunan komuniti bagi membantu golongan berpendapatan rendah.
"Usaha yang dirancang kini ialah mengadakan program latihan dan pendedahan seperti kursus jahitan, membuat songkok dan membuat kek yang boleh dilakukan di rumah supaya mereka boleh menjana pendapatan berterusan," jelasnya.
Beliau berkata, borang pendaftaran untuk e-Kasih boleh diperoleh di portal e-Kasih, Pusat Runding Cara Harian Membantu Yang Termiskin (Pusat Rahmat) dan pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Mengenai isu tembok di atas satu kawasan yang dipertikaikan berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), Raja Nong Chik berkata, tembok tersebut sepatutnya dirobohkan esok, namun ia terpaksa ditangguhkan kerana perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah.
"Pihak Maju Holdings telah membawa perkara ini ke mahkamah, jadi tindakan selanjutnya perlu menunggu apa yang bakal diputuskan oleh mahkamah," jelasnya.
Kerajaan sebelum ini mengarahkan pihak pemaju merobohkan tembok tersebut kerana kawasan itu didakwa milik kerajaan dan dirancang untuk dijadikan kawasan rekreasi untuk penduduk Bandar Tasik Selatan.

Program Bulan Febuari 2011

Makluman

Pada bulan Febuari PUSAT RAHMAT akan menganjurkan kursus keusahawanan kepada ahli-ahli yang berdaftar. Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi kaunselor untuk mendaftar.


Tuesday, January 25, 2011

Program Bulan Januari 2011

1. Lawatan Ekonomi Siri 1
    Tempat : Fatihah Frozen Food, Batu Cave
    Tarikh   : 6 Januari 2011
    Peserta : 20 Orang

2. Lawatan Ekonomi Siri 2
    Tempat : Frezz & Fry Food Industri, Ampang
    Tarikh   : 11 Januari 2011
    Peserta  : 20 Orang

3. Lawatan Ekonomi Siri 3
    Tempat : Bengkil IAT Cendawan, Batang Kali
    Tarikh   : 13 Januari 2011
    Peserta  : 20 Orang

4. Lawatan Ekonomi Siri 4
    Tempat : Azlinawati Enterprise, Sepang
    Tarikh  : 18 Januari 2011
    Peserta  : 20 Orang

5. Lawatan Ekonomi Siri 5
    Tempat : Nuriswa Enterprise
    Tarikh   : 19 Januari 2011
    Peserta  : 20 Orang