Laporan Ringkas Aktiviti

JULAI (BULAN KEROHANIAN)

          Bersempena kedatangan bulan ramadhan, PUSAT RAHMAT telah menganjurkan program berbentuk kerohanian. Sebanyak dua siri program klinik solat telah dijalankan bertempat dimasjid Al-Najihin dan Pusat Komersial Cheras.

         Program klinik solat siri 1 dijalankan di Masjid al-Najihin, Cheras dan telah dibimbing oleh imam masjid al-Najihin sendiri. Manakala Siri ke 2  dijalankan khas untuk kanak-kanak dan dibimbing oleh pengajar dari Jabatan Agama Islam Wilayah dan dijalankan di Pusat Komuniti Bandar Tun Razak.

         Pengisian program ini terdiri daripada teori dan praktikal pelaksanaan solat dimana peserta akan diajarkan cara pelaksanaan solat yang betul. Seramai 80 peserta terlibat didalam dua siri program ini dan diharap dengan penganjuran program sebegini dapat membantu meningkatkan kualiti solat peserta-peserta terlibat.

Disediakan oleh :
Kamaruzaman Mustapha
Siti Nadiah Mohd Ariff 


JUN (BULAN JAHITAN)

           Sebanyak enam siri kursus kemahiran telah dijalankan pada bulan ini. Empat siri merupakan kursus berkaitan jahitan iaitu Jahitan langsir, Jahitan pakaian wanita, dan dua siri kursus sulaman manik. Selain itu kursus katering dan grooming juga telah dijalankan pada kali ini kerana mendapat permintaan daripada ahli.

          Kesemua peseta kursus berkaitan jahitan dipilih berdasarkan minat dan ditemuduga terlebih dahulu. kursus ini dilakasanakan bagi memberi kemahiran asas kepada ahli yang tidak mempunyai kemahiran didalam bidang jahitan. Manakala bagi peserta yang sudah mempunyai asas dalam jahitan boleh memilih kursus yang mengajar fesyen-fesyen terkini agar boleh menambah kemahiran sedia ada.

          Kesemua kursus latihan yang dijalankan telah melibatkan peserta seramai 85 orang. mereka adalah ahli yang berdafatar dibawah PUSAT RAHMAT dan e-kasih.

Disediakan oleh :
Kamaruzaman Mustapha
Siti Nadiah Mohd Ariff 


MEI ( BULAN PASTRI )

            Program latihan kemahiran yang dijalankan pada bulan mei adalah bertujuan untuk membuka peluang kepada ahli PUSAT RAHMAT dan e-kasih yang berminat dalam bidang pastri untuk menjalankan perniagaan di musim perayaan dan hari-hari biasa. Sebanyak lima siri kursus telah dianjurkan seperti Kurus Biskur Raya, Pembuatan Roti & Donut, Kuih Tradisonal, Kek & Dekorasi dan Kursus Sejuk beku.

            Kesemua kursus yang dianjurkan telah melibatkan 110 peserta yang terdiri daripada ahli PUSAT RAHMAT dan e-kasih. Peserta dipilih berdasarkan minat dalam bidang tersebut oleh yang demikian komitmen yang diberikan oleh semua sepanjang program dijalankan amat memuaskan.

Disediakan oleh :
Kamaruzaman Mustapha
Siti Nadiah Mohd Ariff           

APRIL ( BULAN KECANTIKAN)

            Kesemua program dan kursus yang dijalankan pada bulan april adalah berkaitan dengan kecantikan, antara kursus yang dijalankan ialah Bunga dip & Bunga Stokin, Urutan Aroma Terapi,  Solekan dan kursus  Pedicure & Medicure. Kesemua kursus tersebut disertai oleh 60 peserta yang berdaftar dengan PUSAT RAHMAT dan e-kasih.

            Peserta yang menyertai kursus-kursus tersebut telah diberikan peralatan dan selepas dua bulan dari tarikh kursus dijalankan, PUSAT RAHMAT akan memantau perkembangan peserta tersebut samaada menjalankan latihan kemahiran yang diberi.

Disediakan oleh :
Kamaruzaman Mustapha
Siti Nadiah Mohd Ariff 

MAC (BULAN URUTAN)

            Pada bulan Mac PUSAT  RAHMAT  telah menganjurkan empat siri kursus urutan dan satu siri kursus rawatan kecantikan. Kesemua kursus tersebut melibatkan 50 orang peserta yang terdiri daripada ahli PUSAT RAHMAT dan e-kasih. Kesemua siri kursus urutan iaitu urutan bersalin dan urutan tradisional telah menggunakan tenaga pengajar daripada Kolej Komuniti Selayang, manakala kursus rawatan kecantikan telah menggunakan khidmat pengajar dari Premier Consultancy.

Disediakan oleh :
Kamaruzaman Mustapha
Siti Nadiah Mohd Ariff  

FEBUARI ( BULAN USAHAWAN )

            PUSAT RAHMAT telah menganjurkan dua siri kursus keusahawanan kepada golongan miskin tegar, miskin dan mudah miskin yang berdaftar dengan PUSAT RAHMAT dan e-kasih. Kursus tersebut telah dijalankan pada 19 dan 26 febuari 2011 bertempat di Dewan Perpustakaan Kuala Lumpur. Seramai 80 peserta hadir bagi menjayakan kursus tersebut.

           Bagi mencapai objektif yang ditetapkan, wakil dari FAMA telah dijemput bagi memberi penerangan dan pendedahan kepada peserta berkaitan saluran-saluran untuk memasarkan produk mereka. Selain itu, kita juga menjemput seorang usahawan yang telah berjaya iaitu Pn. Iswati binti Akhair Pemilik "Noriswa Enterprise" bagi berkongsi pengalaman bagaimana untuk menjadi seorang usahawan. Antara jemputan lain ialah Puan Rohana binti Jaafar yang merupakan ahli yang berdaftar dengan PUSAT RAHMAT dan telah berjaya keluar dari garis kemiskinan setelah menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

Disediakan oleh :
Kamaruzaman Mustapha
Siti Nadiah Mohd Ariff
  
JANUARI ( BULAN EKONOMI )

            Pada bulan januari 2011 PUSAT RAHMAT telah mengadakan lawatan ke lima perusahaan di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.Tujuan lawatan diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada ahli yang berdaftar berkaitan bidang perniagaan dan perusahaan yang dijalankan.

           Peserta-peserta yang menyertai program lawatan tersebut akan dipanggil untuk menyertai program keusahawan yang akan dianjurkan pada bulan Febuari 2011. Sebanyak tiga siri program keusahawan yang akan dijalankan pada bulan febuari 2011 (Bulan Usahawan) iaitu Kursus Keusahawanan, Pemasaran Produk dan Pengurusan Kewangan.

Disediakan oleh :
Kamaruzaman  Mustapha
Siti Nadiah Mohd Ariff  

4 comments:

  1. assalamualaikum tuan/puan. Pada awal tahun 2012, saya pernah menghantar dan mengisi borang pusat rahmat untuk menyertai apa2 kursus yg ditawarkan krn saya amat berminat utk menambah ilmu dan kemahiran yg ada. Malangnya sehingga 11/06/2012 saya masih belum mendapat sebarang jawapan dari pihak tuan/puan akan hal ini. Diharapkan tuan/puan dapat memberi peluang utk saya menyertai kursus yg disediakan. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. saya ingin bertanya mengenai cara pendaftaran pusat rahmat ....

    ReplyDelete
  3. Mawar berduri : jika puan masih berminat utk mengikuti kursus kami pada tahun ini, sila dtg ke Pusat Rahmat utk mengisi borang promosi kursus yg puan minat.. insyaAllah jika terpilih kami akan hubungi puan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. saya ingin bertanya mengenai cara pendaftaran pusat rahmat ....

    ReplyDelete