Tuesday, September 28, 2010

Kursus dan Program Bagi Bulan Oktober

1. Lawatan Ekonomi
Tempat : Akan diberitahu kemudian
Tarikh : 6 Oktober 2010

2. Kursus Hak Wanita
Tarikh : 9 Oktober 2010

3. Kursus Pembuatan Clay
Tarikh : 21 Oktober 2010

4. Ceramah dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Tarikh : 16 Oktober 2010

Ceramah dan pemeriksaan kesihatan

Pusat Rahmat akan menganjurkan Program Ceramah dan Pemeriksaan kesihatan percuma.
Tarikh : 16 Okt 2010
Tempat : Auditorium Perpustakaan Kuala Lumpur

Bagi ahli yang berminat boleh menghubungi kaunselor Pusat RAHMAT.

Monday, May 24, 2010

Program-Program Sepanjang Bulan Jun 2010




  • Kursus Cupcake- Penyelaras (Pn. Shiela)
  • Kursus Jahitan Langsir- Penyelaras (En. Fadli)
  • Kursus Kuih Tradisional- Penyelaras (Cik Nadia)
  • Kursus Urutan Selepas Bersalin-Penyelaras (En. Afandy)
  • Lawatan Ekonomi 6- Penyelaras (En. Afandy)
  • Motivasi Basmi Kemiskinan- Penyelaras (En. Kamarul & Pn. Shiela)


KURSUS SULAMAN MANIK



  • Pengenalan

Kursus Sulaman Manik merupakan kursus yang dianjurkan oleh PUSAT RAHMAT di bawah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial. Kursus ini telah dijalankan pada 16 dan 17 Mac 2010 bermula pada 9 pagi hingga 5 petang di Perpustakaan Kuala Lumpur.

Kursus ini berjaya menarik minat 20 orang ahli PUSAT RAHMAT yang rata-ratanya terdiri daripada ibu tunggal. Pihak PUSAT RAHMAT telah menjemput Pn. Arena daripada Arena Fashion Enterprise sebagai tenaga pengajar sepanjang dua hari kursus berjalan. Kos perbelanjaan bagi kursus ini adalah sebanyak RM 4300.

  • Penilaian

Secara keseluruhannya, kursus ini amat mendatangkan manfaat kepada para peserta. Hal ini kerana kebanyakan peserta yang hadir terdiri daripada mereka yang mempunyai kemahiran menjahit. Kemahiran ini secara tidak langsung merupakan satu pakej kepada kemahiran sedia ada yang dimiliki oleh peserta. Kursus kali ini juga ada sedikit kelainan apabila Pn. Arena turut berkongsi kemahiran menjahit sulaman riben. Melalui pemantauan semasa kursus, kebanyakan peserta berminat untuk menghadiri kursus lanjutan bagi menambahkan kemahiran asas yang dimiliki.

  • Perancangan Selepas Kursus

PUSAT RAHMAT, Bahagian Kemiskinan Bandar akan membuat pemantauan terhadap para peserta samada mereka telah mempraktikkan atau tidak teknik-teknik asuhan yang telah diajar.

Kursus lanjutan akan diberikan kepada peserta yang telah menjalankan perniagaan melalui kemahiran ini.

KURSUS PEMBINAAN BLOG


  • Pengenalan

PUSAT RAHMAT di bawah Jabatan Pambangunan Komuniti dan Sosial telah mengadakan Kursus Pembinaan Blog pada 20 May 2010. Kursus ini telah dijalankan di Kolej Komuniti Selayang, Selangor. Seramai 18 orang yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal dan keluarga berpendapatan rendah menyertai kursus pembinaan blog ini.

Peserta telah diajar untuk membina blog mudah iaitu dengan menggunakan aplikasi blogger.com. Peserta pada mulanya diterangkan dan diperkenalkan mengenai blog atau juga dikenali sebagai forum atau portal. Pengajar menyuruh peserta memikirkan minat mereka dalam memilih blog jenis apa yang mereka minati. Secara keseluruhan peserta berminat untuk membina blog yang dapat memasarkan produk mereka. Pengajar iaitu Puan Nor Huzani binti Khamis menerangkan keupayaan blog dalam memasarkan produk. Mereka dikehendaki untuk membuka akaun g-mel bagi membina blog. Kemudian pengajar mengajar peserta untuk membina blog pemasaran. Di akhir program semua peserta telah mempunyai blog mereka sendiri.

Pegawai yang terlibat dalam lawatan ini ialah En. Kamaruzaman b. Mustapha dan En. Khairulfadli b. Baharuddin.

  • Penilaian

Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam menjana ekonomi keluarga dan mendedahkan juga cara untuk berjinak-jinak dengan alam perniagaan di samping memberi kemahiran baru kepada peserta.

Selain itu, program ini dibuat agar dapat memberikan semangat kepada peserta agar tidak berputus asa dalam kehidupan. Pemantauan akan sentiasa dijalankan untuk memastikan mereka mempraktikkan kemahiran yang diberi.

Kursus Pembinaan Blog ini dijalankan selama sehari dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Program bermula seawal 9.00 pagi untuk pendaftaran sebelum sarapan pagi pada pukul 9.30 pagi. Penerangan ringkas telah diberikan oleh tenaga pengajar iaitu Puan Nor Huzani. Kemudian peserta diajar untuk membuat akaun g-mail. Pengajar juga memberi contoh beberapa blog yang telag di buat serta beberapa blog yang popular. Pengajar mengajar peserta untuk membuat blog melalui blogger.com. Peserta mengajukan beberapa persoalan untuk mendapatkan maklumat berkaitan proses pembinaan blog dan kemahiran. Kursus Pembinaan Blog ini tamat pada pukul 5 petang.

  • Perancangan Selepas Program

- PUSAT RAHMAT akan memantau peserta yang mengikuti kursus kemahiran ini sama ada mencari dan mengambil peluang untuk menghubungi tenaga pengajar untuk mendapatkan maklumat bagi memasarkan produk mereka melalui blog yang dibuat di Kuala Lumpur.

- Peserta juga akan dipantau sama ada akan menjalankan atau mengambil tempahan untuk membuat produk mereka melaui blog mereka.

- Para peserta juga digalakkan untuk menghubungi dan mendapatkan maklumat bagi mereka yang ingin melaksanakan perusahaan yang sama dan mendapatkan kursus daripada perusahaan ini.

- Pantauan terhadap mereka akan dijalankan setiap bulan dan semua blog yang mereka buat akan diperhatikan.

LAWATAN EKONOMI KE MM..OVEN FRESH, SHAH ALAM, SELANGOR.




  • Pengenalan

PUSAT RAHMAT di bawah Jabatan Pambangunan Komuniti dan Sosial telah mengadakan Lawatan Ekonomi pada 20 Januari 2010. Lawatan ini telah dijalankan di Mm..Oven Fresh yang berada di Shah Alam, Selangor. Seramai 18 orang yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal, warga emas dan keluarga berpendapatan rendah menyertai lawatan ini.

Produk utama yang dipelajari di kilang tersebut ialah perusahaan Kuih Baulu. Tiada kos untuk lawatan pada kali ini. Puan Maznah iaitu pengusaha kedai telah memberikan penerangan berkaitan proses-proses pembuatan muffin yang dilakukan, cara pemasaran dan pengalamannya sebagai pengusaha muffin. Puan Maznah turut memberi cadangan kepada peserta untuk menyertai dia dalam perusahaannya.

Pegawai yang terlibat dalam lawatan ini ialah En. Afandy b. Sutrisno Tanjung dan En. Khairulfadli b. Baharuddin.

  • Penilaian

Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam menjana ekonomi keluarga dan mendedahkan juga cara untuk berjinak-jinak dengan alam perniagaan.

Selain itu, program ini dibuat agar dapat memberikan semangat kepada peserta agar tidak berputus asa dalam kehidupan. Pemantauan akan sentiasa dijalankan untuk memastikan mereka mempraktikkan kemahiran yang diberi.

Program bermula se-awal 9.00 pagi untuk pendaftaran sebelum bertolak ke Shah Alam pada pukul 9.30 pagi. Perjalanan mengambil masa selama setengah jam. Kami tiba di tempat lawatan pada pukul 10 pagi. Penerangan diberikan oleh pengusaha kedai Puan Maznah. Kemudian peserta dibawa melawat kilang pembuatan muffin. Peserta juga dihidangkan dengan muffin dan biskut untuk dirasa. Peserta mengajukan beberapa persoalan untuk mendapatkan maklumat berkaitan perusahaan kuih baulu ini.

Secara keseluruhannya, program tamat pada pukul 12.00 tengahari. Setelah makan tengahari yang disediakan oleh penganjur kami bertolak untuk lawatan seterusnya.

  • Perancangan Selepas Program

- PUSAT RAHMAT akan memantau peserta yang mengikuti lawatan ini sama ada mencari dan mengambil peluang untuk menghubungi kilang untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan kuih baulu atau untuk menjadi orang tengah bagi memasarkan produk tersebut di Kuala Lumpur.

- Para peserta juga digalakkan untuk menghubungi dan mendapatkan maklumat bagi mereka yang ingin melaksanakan perusahaan yang sama dan mendapatkan kursus daripada perusahaan ini.

KURSUS JAHITAN TUDUNG



  • Pengenalan

PUSAT RAHMAT di bawah Jabatan Pambangunan Komuniti dan Sosial telah mengadakan Kursus Jahitan Tudung pada 27 dan 28 Mac 2010. Kursus ini telah dijalankan di Perpustakaan Kuala Lumpur. Seramai 18 orang yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal dan keluarga berpendapatan rendah menyertai kursus jahitan tudung ini.

Peserta telah diajar untuk membuat tiga jenis tudung iaitu Tudung Ekin Lilit, Tudung Ekin, dan Selendang Siti. Selain itu peserta juga diajarkan cara untuk menggayakan tudung serta menjalankan perniagaan membuat tudung ini. Puan Rina iaitu tenaga pengajar telah memberikan penerangan dan membantu dalam proses-proses pembuatan tudung, cara pemasaran dan pengalamannya. Puan Rina turut memberi cadangan kepada peserta untuk menyertai dia dalam perusahaannya.

Pegawai yang terlibat dalam lawatan ini ialah En. Kamaruzaman bin Mustapha dan En. Khairulfadli b. Baharuddin.

  • Penilaian

Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam menjana ekonomi keluarga dan mendedahkan juga cara untuk berjinak-jinak dengan alam perniagaan di samping memberi kemahiran baru kepada peserta.

Selain itu, program ini dibuat agar dapat memberikan semangat kepada peserta agar tidak berputus asa dalam kehidupan. Pemantauan akan sentiasa dijalankan untuk memastikan mereka mempraktikkan kemahiran yang diberi.

Kursus Jahitan tudung ini dijalankan selama dua hari. Hari pertama peserta diajar unuk membuat Tudung Ekin, manakala pada hari kedua peserta diajar untuk membuat Tudung Ekin Lilit dan Selendang Siti. Program bermula seawal 9.00 pagi untuk pendaftaran sebelum sarapan pagi pada pukul 9.30 pagi. Penerangan ringkas telah diberikan oleh tenaga pengajar iaitu Puan Rina. Kemudian peserta diajar untuk membuat tudung. Pada hari kedua peserta diajar dibuat tudung dan sedikit taklimat tentang pengayaan tudung serta perusahaan tudung. Peserta mengajukan beberapa persoalan untuk mendapatkan maklumat berkaitan perusahaan tudung dan kemahiran Kursus jahitan ini tamat pada pukul 5 petang.

  • Perancangan Selepas Program

- PUSAT RAHMAT akan memantau peserta yang mengikuti kursus kemahiran ini sama ada mencari dan mengambil peluang untuk menghubungi tenaga pengajar untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan perushaan tudung atau untuk menjadi orang tengah bagi memasarkan produk tudung tersebut di Kuala Lumpur.

- Peserta juga akan dipantau sama ada akan menjalankan atau mengambil tempahan untuk membuat tudung.

- Para peserta juga digalakkan untuk menghubungi dan mendapatkan maklumat bagi mereka yang ingin melaksanakan perusahaan yang sama dan mendapatkan kursus daripada perusahaan ini.

KURSUS AKSESORI WANITA


  • Pengenalan

PUSAT RAHMAT di bawah Jabatan Pambangunan Komuniti dan Sosial telah mengadakan Kursus Aksesori Wanita pada 13 dan 14 April 2010. Kursus ini telah dijalankan di Pusat Komuniti dan Komersial Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Seramai 18 orang yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal dan keluarga berpendapatan rendah menyertai kursus jahitan tudung ini.

Peserta telah diajar untuk membuat barangan aksesori daripada manik. Tiga bentuk aksesori manik yang diajar kepada mereka iaitu gelang manik, tali jam dan juga kerongsang. Selain itu peserta juga diajarkan cara untuk menggayakan aksesori tersebut serta menjalankan perniagaan membuat aksesori ini. Puan Rina iaitu tenaga pengajar telah memberikan penerangan dan membantu dalam proses-proses pembuatan aksesori manik, cara pemasaran dan pengalamannya. Puan Rina turut memberi cadangan kepada peserta untuk menyertai dia dalam perusahaannya. Puan Rina dibantu oleh 4 orang muridnya.

Pegawai yang terlibat dalam lawatan ini ialah En. Afandy bin Sutrisno Tanjung dan En. Khairulfadli b. Baharuddin.

  • Penilaian

Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam menjana ekonomi keluarga dan mendedahkan juga cara untuk berjinak-jinak dengan alam perniagaan di samping memberi kemahiran baru kepada peserta.

Selain itu, program ini dibuat agar dapat memberikan semangat kepada peserta agar tidak berputus asa dalam kehidupan. Pemantauan akan sentiasa dijalankan untuk memastikan mereka mempraktikkan kemahiran yang diberi.

Kursus Aksesori Wanita ini dijalankan selama dua hari. Hari pertama peserta diajar unuk membuat aksesori manik berbentuk gelang dan tali jam tangan wanita, manakala pada hari kedua peserta diajar untuk membuat keronsang. Program bermula seawal 9.00 pagi untuk pendaftaran sebelum sarapan pagi pada pukul 9.30 pagi. Penerangan ringkas telah diberikan oleh tenaga pengajar iaitu Puan Rina. Kemudian peserta diajar untuk membuat aksesori. Pada hari kedua peserta diajar membuat aksesori dan sedikit taklimat tentang pengayaan aksesori serta perusahaan yang melibatkan aksesori. Peserta mengajukan beberapa persoalan untuk mendapatkan maklumat berkaitan perusahaan aksesori dan kemahiran. Kursus Aksesori ini tamat pada pukul 3 petang.

  • Perancangan Selepas Program

- PUSAT RAHMAT akan memantau peserta yang mengikuti kursus kemahiran ini sama ada mencari dan mengambil peluang untuk menghubungi tenaga pengajar untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan perusahaan aksesori atau untuk menjadi orang tengah bagi memasarkan produk aksesori tersebut di Kuala Lumpur.

- Peserta juga akan dipantau sama ada akan menjalankan atau mengambil tempahan untuk membuat aksesori.

- Para peserta juga digalakkan untuk menghubungi dan mendapatkan maklumat bagi mereka yang ingin melaksanakan perusahaan yang sama dan mendapatkan kursus daripada perusahaan ini.

KURSUS MASAKAN BARAT 20 FEBRUARI 2010

Pengenalan

PUSAT RAHMAT di bawah Jabatan Pambangunan Komuniti dan Sosial telah mengadakan Kursus Masakan Barat pada 20 Februari 2010. Kursus ini telah dijalankan di Kolej Komuniti Selayang yang berada di Selayang, Selangor. Seramai 16 orang yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal, warga emas dan keluarga berpendapatan rendah menyertai kursus ini.

Peserta telah mempelajari masakan dengan chef yang yang disediakan oleh pihak Kolej Komuniti. Menu masakan yang dipelajari oleh para peserta ialah Salad sayuran campuran dan Pasta/ Ayam Salai dengan Sos Cendawan. Peserta sampai pada pukul 8.30 pagi dan menjalankan program sehingga 4 petang. Kos bagi kursus masakan ini ialah RM 115.00 bagi seorang peserta iaitu meliputi kos perbelanjaan makanan tengah hari dan peralatan. Chef Anuar telah memberikan penerangan berkaitan proses-proses pembuatan masakan dan perkara-perkara lain yang perlu dibuat. Pegawai yang terlibat dalam kursus ini ialah En. Kamaruzaman b. Mustapha dan En. Khairulfadli b. Baharuddin.

· Penilaian

Tujuan kursus ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta dalam bidang masakan serta mencari peluang menjana ekonomi keluarga dalam bidang perniagaan makanan.

Selain itu, kursus ini dibuat agar dapat memberikan semangat kepada peserta agar tidak berputus asa dalam kehidupan. Pemantauan akan sentiasa dijalankan untuk memastikan mereka mempraktikkan kemahiran yang diberi.

Program bermula seawal 8.30 pagi untuk pendaftaran sebelum bertolak ke Kolej Komuniti Selayang, Selangor pada pukul 9.30 pagi. Perjalanan mengambil masa selama setengah jam. Peserta tiba di Kolej Komuniti pada pukul 10 pagi. Penerangan diberikan oleh Chef Anuar selaku ketua chef. Menu masakan yang dipelajari oleh para peserta ialah Salad sayuran campuran dan Pasta/ Ayam Salai dengan Sos Cendawan. Kemudian peserta dibawa ke dapur Kolej Komuniti untuk mempelajari masakan. Peserta mengajukan beberapa persoalan untuk mendapatkan maklumat berkaitan cara masak atau bahan-bahan penggunaan.

Secara keseluruhannya, program tamat pada pukul 3.30 petang setelah semua masakan siap di masak. · Perancangan Selepas Program

- PUSAT RAHMAT akan memantau peserta yang mengikuti kursus ini sama ada mencari dan mengambil peluang menjalankan perniagaan makanan.

- Para peserta juga digalakkan untuk menghubungi dan mendapatkan maklumat bagi mereka yang ingin melaksanakan perniagaan yang sama dan mendapatkan kursus lanjutan.



KURSUS LANJUTAN ASUHAN KANAK-KANAK





· Pengenalan

PUSAT RAHMAT, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial telah mengadakan Kursus Lanjutan Asuhan Kanak-Kanak pada 3 dan 4 April 2010. Kursus ini dijalankan di Kolej Komuniti Selayang selama 2 hari. Peserta yang hadir merupakan peserta yang pernah mengikuti kursus asas asuhan kanak-kanak pada November 2010 dan juga Januari 2010.

Pihak Kolej Komuniti Selayang sekali lagi telah menjemput Pn. Norzulina Mansor daripada Unit Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Gombak sebagai penceramah bagi kursus lanjutan ini. Pada kursus kali ini Pn. Norzulina memberi penekanan kepada latihan praktikal tentang pengasuhan kanak-kanak di rumah. Pelbagai aktiviti telah yang dijalankan antaranya ialah perbincangan dalam kumpulan, lakonan situasi keadaan kanak-kanak, dan juga nyanyian yang sesuai untuk kanak-kanak. Selain daripada itu, peserta juga diberi tugasan untuk mencipta barang permainan daripada bahan terpakai yang selamat dan boleh digunakan oleh kanak-kanak dibawah jagaan mereka.

· Penilaian

Secara keseluruhannya, kursus lanjutan asuhan kanak-kanak ini amat memberi manfaat kepada para peserta. Peserta diberi pendedahan lanjut mengenai pemakanan yang sesuai, kaedah penjagaaan, peranan pengasuh dan juga permainan yang sesuai dengan kanak-kanak dibawah jagaan. Kursus lanjutan ini memberi lebih kefahaman kepada para peserta bagaimana mewujudkan pusat asuhan kanak-kanak di rumah mengikut piawaian daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

· Perancangan Selepas Kursus

· Peserta akan dipantau dari segi kaedah penjagaan, asuhan kanak-kanak yang di jalankan dan juga bilangan kanak-kanak yang diasuh samada ada penambahbaikan atau tidak.

· Pihak PUSAT RAHMAT berusaha untuk mendapatkan lesen daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam usaha untuk mengukuhkan pendapatan dan membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

LAPORAN KAUNSELING KELOMPOK



Kaunseling Kelompok merupakan program yang dianjurkan oleh PUSAT RAHMAT dibawah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial. Program ini telah dijalankan pada 22 April 2010 (Khamis) bermula pada 9.00 pagi hingga 4.00 petang di Bilik 5, Tingkat 8 Pusat Komuniti Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur. Pegawai yang menguruskan program ini ialah Encik Afandy bin Sutrisno Tanjung (Kaunselor Pusat Rahmat)

Kursus ini berjaya menarik minat 14 orang ahli PUSAT RAHMAT yang rata-ratanya terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Sasaran adalah bertepatan dengan Kaunseling Kelompok yang memerlukan sekurang-kurangnya 6 hingga 15 orang dalam proses kaunseling. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberikan ruang dan peluang kepada ahli Pusat Rahmat untuk meluahkan dan berkongsi masalah, yang mana rata-ratanya mempunyai masalah yang lebih kurang sama memandangkan majoriti yang hadir adalah berstatus ibu tunggal.

Dalam Kaunseling Kelompok ini turut juga diadakan beberpa ujian kepada ahli sesi, seperti Ujian Personaliti Tajma, Ujian Warna, Ujian Stres dan mengenali rahsia diri disebalik tarikh lahir.

Kos untuk program ini ialah sebanyak RM412.50 mencakupi sarapan pagi dan makan tengahari.

Penilaian Kursus

Dalam sesi kaunseling ini, fokus diberikan kepada masalah yang lebih tertumpu kepada permasalahan dalam keluarga, di samping memberi beberapa ujian seperti yang dinyatakan. Sedikit sebanyak dapat memberikan semangat kepada ahli kaunseling, kerana ujian tersebut menerangkan potensi dan kekuatan ahli kaunseling kelompok. Alhamdulillah program berjalan dengan baik, selain itu, sesi ini juga menggunakan kaedah paparan slide dan video.

Program kemudian ditangguhkan pada 12.30 tengahari untuk makan tengahari dan solat zohor. Kemudian program disambung semula pada pukul 2.00 petang dan kemudian tamat pada jam 4.00 petang.

Perancangan selepas kursus

  • Mengadakan kaunseling kelompok seperti ini sekurang-kurangnya 2 kali dalam tempoh 4 bulan.
  • Terbuka kepada semua lapisan dan kemungkinan pelbagai kaedah dan ujian akan digunakan, seperti Thematic Appreciation Test (TAT), Batery Test dan lain-lain lagi yang difikirkan bersesuaian dengan ahli kaunseling kelompok.

KURSUS BESTARI SOLAT SEMPENA CUTI SEKOLAH DI MASJID NEGARA KUALA LUMPUR


Kursus Bestari Solat ini merupakan program yang dianjurkan oleh PUSAT RAHMAT dibawah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial. Program ini telah dijalankan pada 18 Mac 2010 (Khamis) bermula pada 8.30 pagi hingga 5.00 petang di Dewan Kuliah II Masjid Negara Kuala Lumpur. Pegawai yang menguruskan program ini ialah Encik Afandy bin Sutrisno Tanjung (Kaunselor Pusat Rahmat)

Kursus ini berjaya menarik minat 26 orang anak-anak ahli PUSAT RAHMAT yang rata-ratanya terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Sasaran adalah anak-anak yang berumur 15 tahun kebawah. Seramai 14 pelajar perempuan dan 12 pelajar lelaki. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang kepentingan solat dan mereka juga diajar cara solat yang betul dan sempurna.

Tenaga pengajar ialah Ustaz Mohd Khir Johari bin Abas daripada Politeknik Sultan Idris Shah (Jabatan Pengajian Am), Sungai Lalang, Bagan Nakhoda Omar 45100, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan.

Kos untuk program ini ialah sebanyak RM1,451.25 mencakupi bayaran penceramah / tenaga pengajar, sarapan pagi dan makan tengahari.

1.0 Penilaian Kursus

Dalam program ini, fokus diberikan kepada pelajar di bawah 15 tahun. Alhamdulillah program berjalan dengan baik, penceramah menggunakan kaedah paparan slide dan video. Setelah hampir 2 jam pendedahan dibuat secara teori, pelajar kemudiannya diajar secara praktikal oleh penceramah, seperti bagaimana untuk berdiri, rukuk, iktidal, duduk antara dua sujud dan sujud yang betul dan mengikut sunnah Nabi Saw.

Dalam program ini penceramah dibantu oleh isteri beliau yang juga merupakan ustazah, dan ini memudahkan praktikal dilakukan memandangkan terdapat peserta perempuan. Program kemudian ditangguhkan pada 12.30 tengahari untuk makan tengahari dan solat zohor. Kemudian program disambung semula pada pukul 2.00 petang. Program tamat pada pukul 5.00 petang.