Monday, May 24, 2010

KURSUS SULAMAN MANIK



  • Pengenalan

Kursus Sulaman Manik merupakan kursus yang dianjurkan oleh PUSAT RAHMAT di bawah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial. Kursus ini telah dijalankan pada 16 dan 17 Mac 2010 bermula pada 9 pagi hingga 5 petang di Perpustakaan Kuala Lumpur.

Kursus ini berjaya menarik minat 20 orang ahli PUSAT RAHMAT yang rata-ratanya terdiri daripada ibu tunggal. Pihak PUSAT RAHMAT telah menjemput Pn. Arena daripada Arena Fashion Enterprise sebagai tenaga pengajar sepanjang dua hari kursus berjalan. Kos perbelanjaan bagi kursus ini adalah sebanyak RM 4300.

  • Penilaian

Secara keseluruhannya, kursus ini amat mendatangkan manfaat kepada para peserta. Hal ini kerana kebanyakan peserta yang hadir terdiri daripada mereka yang mempunyai kemahiran menjahit. Kemahiran ini secara tidak langsung merupakan satu pakej kepada kemahiran sedia ada yang dimiliki oleh peserta. Kursus kali ini juga ada sedikit kelainan apabila Pn. Arena turut berkongsi kemahiran menjahit sulaman riben. Melalui pemantauan semasa kursus, kebanyakan peserta berminat untuk menghadiri kursus lanjutan bagi menambahkan kemahiran asas yang dimiliki.

  • Perancangan Selepas Kursus

PUSAT RAHMAT, Bahagian Kemiskinan Bandar akan membuat pemantauan terhadap para peserta samada mereka telah mempraktikkan atau tidak teknik-teknik asuhan yang telah diajar.

Kursus lanjutan akan diberikan kepada peserta yang telah menjalankan perniagaan melalui kemahiran ini.

No comments:

Post a Comment