- Pengenalan
PUSAT RAHMAT di bawah Jabatan Pambangunan Komuniti dan Sosial telah mengadakan Kursus Aksesori Wanita pada 13 dan 14 April 2010. Kursus ini telah dijalankan di Pusat Komuniti dan Komersial Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Seramai 18 orang yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal dan keluarga berpendapatan rendah menyertai kursus jahitan tudung ini.
Peserta telah diajar untuk membuat barangan aksesori daripada manik. Tiga bentuk aksesori manik yang diajar kepada mereka iaitu gelang manik, tali jam dan juga kerongsang. Selain itu peserta juga diajarkan cara untuk menggayakan aksesori tersebut serta menjalankan perniagaan membuat aksesori ini. Puan Rina iaitu tenaga pengajar telah memberikan penerangan dan membantu dalam proses-proses pembuatan aksesori manik, cara pemasaran dan pengalamannya. Puan Rina turut memberi cadangan kepada peserta untuk menyertai dia dalam perusahaannya. Puan Rina dibantu oleh 4 orang muridnya.
Pegawai yang terlibat dalam lawatan ini ialah En. Afandy bin Sutrisno Tanjung dan En. Khairulfadli b. Baharuddin.
- Penilaian
Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam menjana ekonomi keluarga dan mendedahkan juga cara untuk berjinak-jinak dengan alam perniagaan di samping memberi kemahiran baru kepada peserta.
Selain itu, program ini dibuat agar dapat memberikan semangat kepada peserta agar tidak berputus asa dalam kehidupan. Pemantauan akan sentiasa dijalankan untuk memastikan mereka mempraktikkan kemahiran yang diberi.
Kursus Aksesori Wanita ini dijalankan selama dua hari. Hari pertama peserta diajar unuk membuat aksesori manik berbentuk gelang dan tali jam tangan wanita, manakala pada hari kedua peserta diajar untuk membuat keronsang. Program bermula seawal 9.00 pagi untuk pendaftaran sebelum sarapan pagi pada pukul 9.30 pagi. Penerangan ringkas telah diberikan oleh tenaga pengajar iaitu Puan Rina. Kemudian peserta diajar untuk membuat aksesori. Pada hari kedua peserta diajar membuat aksesori dan sedikit taklimat tentang pengayaan aksesori serta perusahaan yang melibatkan aksesori. Peserta mengajukan beberapa persoalan untuk mendapatkan maklumat berkaitan perusahaan aksesori dan kemahiran. Kursus Aksesori ini tamat pada pukul 3 petang.
- Perancangan Selepas Program
- PUSAT RAHMAT akan memantau peserta yang mengikuti kursus kemahiran ini sama ada mencari dan mengambil peluang untuk menghubungi tenaga pengajar untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan perusahaan aksesori atau untuk menjadi orang tengah bagi memasarkan produk aksesori tersebut di Kuala Lumpur.
- Peserta juga akan dipantau sama ada akan menjalankan atau mengambil tempahan untuk membuat aksesori.
- Para peserta juga digalakkan untuk menghubungi dan mendapatkan maklumat bagi mereka yang ingin melaksanakan perusahaan yang sama dan mendapatkan kursus daripada perusahaan ini.
No comments:
Post a Comment