Monday, May 24, 2010

LAWATAN EKONOMI KE MM..OVEN FRESH, SHAH ALAM, SELANGOR.




  • Pengenalan

PUSAT RAHMAT di bawah Jabatan Pambangunan Komuniti dan Sosial telah mengadakan Lawatan Ekonomi pada 20 Januari 2010. Lawatan ini telah dijalankan di Mm..Oven Fresh yang berada di Shah Alam, Selangor. Seramai 18 orang yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal, warga emas dan keluarga berpendapatan rendah menyertai lawatan ini.

Produk utama yang dipelajari di kilang tersebut ialah perusahaan Kuih Baulu. Tiada kos untuk lawatan pada kali ini. Puan Maznah iaitu pengusaha kedai telah memberikan penerangan berkaitan proses-proses pembuatan muffin yang dilakukan, cara pemasaran dan pengalamannya sebagai pengusaha muffin. Puan Maznah turut memberi cadangan kepada peserta untuk menyertai dia dalam perusahaannya.

Pegawai yang terlibat dalam lawatan ini ialah En. Afandy b. Sutrisno Tanjung dan En. Khairulfadli b. Baharuddin.

  • Penilaian

Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam menjana ekonomi keluarga dan mendedahkan juga cara untuk berjinak-jinak dengan alam perniagaan.

Selain itu, program ini dibuat agar dapat memberikan semangat kepada peserta agar tidak berputus asa dalam kehidupan. Pemantauan akan sentiasa dijalankan untuk memastikan mereka mempraktikkan kemahiran yang diberi.

Program bermula se-awal 9.00 pagi untuk pendaftaran sebelum bertolak ke Shah Alam pada pukul 9.30 pagi. Perjalanan mengambil masa selama setengah jam. Kami tiba di tempat lawatan pada pukul 10 pagi. Penerangan diberikan oleh pengusaha kedai Puan Maznah. Kemudian peserta dibawa melawat kilang pembuatan muffin. Peserta juga dihidangkan dengan muffin dan biskut untuk dirasa. Peserta mengajukan beberapa persoalan untuk mendapatkan maklumat berkaitan perusahaan kuih baulu ini.

Secara keseluruhannya, program tamat pada pukul 12.00 tengahari. Setelah makan tengahari yang disediakan oleh penganjur kami bertolak untuk lawatan seterusnya.

  • Perancangan Selepas Program

- PUSAT RAHMAT akan memantau peserta yang mengikuti lawatan ini sama ada mencari dan mengambil peluang untuk menghubungi kilang untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan kuih baulu atau untuk menjadi orang tengah bagi memasarkan produk tersebut di Kuala Lumpur.

- Para peserta juga digalakkan untuk menghubungi dan mendapatkan maklumat bagi mereka yang ingin melaksanakan perusahaan yang sama dan mendapatkan kursus daripada perusahaan ini.

No comments:

Post a Comment